Monday 19 February 2018


IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas tiga buah komputer dan enam komputer riba mengandungi perisian salinan palsu bernilai RM 354,000 dalam serbuan di dua premis perniagaan di sini minggu lalu.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan pada 29 dan 30 November lalu itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan daripada Gabungan Perisian Perniagaan (BSA).

Menurut Shamsul Nizam, serbuan pertama dilakukan di sebuah syarikat pembuatan dan pembungkusan makanan di Kawasan Perindustrian Pengkalan, Lahat dekat sini yang dipercayai menggunakan enam perisian salinan palsu.

"Serbuan tersebut turut disertai empat wakil dari BSA berjaya merampas perisian Solidworks Premium 2016, Auto Cad 2016 dan Creative Suite 6 Master Collection (Adobe) pada tiga komputer riba serta sebuah komputer yang bernilai RM130,000.



 "Serbuan kedua pula di syarikat pembinaan dan hiasan dalaman serta kita menyita tiga komputer riba dan dua komputer disyaki mengandungi 10 salinan perisian langgaran Autodeks dan lapan perisian salinan langgaran Adobe," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bilik Mesyuarat KPDNKK Negeri, Bangunan Persekutuan di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

KOMPUTER REBOOT SENDIRI ?

Komputer reboot sendiri Komputer reboot sendiri Masalah komputer berulang kali reboot sendiri. Kes ini selalunya disebabkan oleh perkakas...