Wednesday 28 February 2018

sololearn prosses

hi i just finish the basis of html on sololearn.today
 that all for now.

Monday 19 February 2018



Pengenalan BIOS



Apa itu BIOS dan Apakah Kegunaannya..
Kebanyakan dari anda yang kerap menggunakan komputer peribadi tentu akan biasa dengan terma BIOS atau singkatan daripada Basic Input/Output System. Pada kebiasaannya, anda boleh mengetahuiserba sedikit peranan BIOS sebaik sahaja anda menghidupkan sistem komputer anda.


Apa itu BIOS?

BIOS adalah perisian aras rendah (low-level)yang merupakan perisian pertama yang dijalankan sebaik sahaja anda menghidupkan sistem komputer anda. Ia dikategorikan sebagai perisian aras rendah kerana ia berkebolehan mengawal bagaimana komponen-komponen perkakasan komputer patut berfungsi.

Ia menyediakan beberapa perkhidmatan yang membenarkan pengguna dan perisian-perisian pada aras yang lebih tinggi untuk melakukan konfigurasi pada tetapan komponen perkakasan komputer dan juga untuk mendapatkan maklumat berkenaan komponen-komponen tersebut secara langsung. Misalnya, anda boleh mengetahuikelajuan putaran kipas yang digunakan untuk menyejukkan pemproses dan juga suhu-suhu perkakasan-perkakasan tertentu di dalam kerangka komputer anda.

Bagaimana BIOS berfungsi dan bagaimana untuk menggunakannya..

Saiz program BIOS biasanya kecil sahaja, sekitar 16 MB. BIOS moden memiliki antaramuka pengguna dan biasanya dinamakan Setup Utility untuk membolehkan pengguna melakukan konfigurasi pada tetapan perkakasan-perkakasan.

Pada laptop atau tablet, anda mungkin akan mendapati BIOS yang digunakan merupakan versi ringkas, di mana ia hanya membenarkan pengguna untuk mengubah tarikh dan waktu selain tetapan ringkas lain seperti susun atur boot.

Untuk komputer desktop pula, kebiasaannyaBIOS yang terdapat pada papan induk tersebut menyediakan tetapan yang lebih banyak seperti mengubah klok CPU dan voltannya, mengubah memori yang dikongsikan antara CPU dan GPU, kependaman (latency) RAM dan lain-lain.
Melakukan konfigurasi pada BIOS lanjutan (advanced) agak merbahaya jika pengguna tersilap dalam melakukan tetapannya.

Hal ini kerana setiap komponen-komponen perkakasan mempunyai had-hadnya tersendiri. Misalnya, jika pengguna menetapkan pemproses beroperasi pada frekuensi yang lebih tinggi, ia boleh menyebabkan keseluruhan sistem menjadi lampau panas dan boleh merosakkan perkakasan tersebut.

Oleh itu, langkah sebaiknya adalah pengguna membaca manual perkakasan tersebut sebelum ingin melakukan tetapan.

BIOS juga berperanan untuk menyimpan tetapan konfigurasi apabila sistem dimatikan. Untuk melakukan ini, ia memerlukan ingatan CMOS (Complementary Metal–Oxide–Semiconductor) meruap yang dikuasakan oleh sebiji bateri kecil.

 Tetapan ini akan hilang apabila bateri kecil tersebut ditanggalkan atau sudah kehabisan tenaga dan tetapan pada BIOS akan kembali sepertiasalnya ketika mula ia dikeluarkan dari kilang.


Komputer dan Peranti tidak boleh dihidupkan tanpa BIOS..

Tugasan penting yang dilakukan oleh BIOS adalah melakukan transisi dari mekanikal ke peringkat yang lebih abstrak. Ini bermakna apabila anda menghidupkan sistem komputer anda, BIOS merupakan perisian pertama yang dijalankan. Antara tugasan yang dilakukannya adalah menghidupkan kipas penyejuk, tahap kuasa elektrik, pengujian segera terhadap perkakasan-perkakasan, memuatkan pemacu-pemacu (driver), dan memulakan proses boot untuk sistem operasi.


Jika ada sebarang kegagalan sepanjang proses ini, BIOS akan memaparkan notis yang memaklumkan masalah yang berlaku.

Dual-BIOS

BIOS terdapat pada papan induk dan ia merupakan sebuah cip ingatan baca-sahaja (read-only) yang kecil. Perisian pada cip BIOS tersebut disediakan oleh pengeluar papan induk tersebut.

Jika cip ingatan ini gagal, BIOS tidak boleh dimuatkan dan seterusnya papan induk tersebut tidak boleh digunakan. Atas sebab itu, pengeluar papan induk menggunakan sistem Dual-BIOS pada papan induk-papan induk terkini.

Dual-BIOS berfungsi dengan dua cip BIOS digunakan untuk menyimpan tetapan BIOS; satu untuk kegunaan BIOS utama manakala satu lagi sebagai salinan sandaran (backup copy). Jika BIOS utama gagal berfungsi, sistem komputer perlu dihidupkan semula dan salinan dari sandaran akan dimuatkan dengan tetapan asal.

UEFI dan kaitannya dengan BIOS..

UEFI atau Unified Extensible Firmware Interface boleh dianggap sebagai BIOS versi moden yang lebih canggih. Fungsinya lebih kurang sama seperti BIOS tetapi memiliki ciri-ciri tambahan lain seperti kriptografi, diagnosa jarak jauh dan baik pulih komputer walaupun komputer tersebut tidak dipasang sistem operasi. BIOS jenis ini dicipta oleh Intel dan pertama kali muncul pada tahun 2005.

UEFI menjadi popular selepas kemunculan sistem operasi Microsoft Windows 8. Ia merupakan sistem operasi pertama yang menyokong penggunaannya.
Sebagaimana BIOS biasa, ia boleh disesuaikan mengikut kehendak pengeluar papan induk.

Kesimpulan
BIOS merupakan komponen penting untuk komputer-komputer dan peranti-peranti. Pekerja-pekerja sektor ICT seperti Juruteknik Komputer dan lain-lain boleh memanfaatkan pengetahuan dan tetapan pada BIOS untuk mengoptimumkan penggunaan perkakasan komputer anda.

Bagaimanapun, bagi pengguna biasa tetapan asal yang sedia ada pada BIOS sudah memadai untuk anda mengguna pakai sistem komputer anda tanpa sebarang masalah.


http://anakaskarpencen.com/blog/2015/07/bios-dan-kegunaannya/

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas tiga buah komputer dan enam komputer riba mengandungi perisian salinan palsu bernilai RM 354,000 dalam serbuan di dua premis perniagaan di sini minggu lalu.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan pada 29 dan 30 November lalu itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan daripada Gabungan Perisian Perniagaan (BSA).

Menurut Shamsul Nizam, serbuan pertama dilakukan di sebuah syarikat pembuatan dan pembungkusan makanan di Kawasan Perindustrian Pengkalan, Lahat dekat sini yang dipercayai menggunakan enam perisian salinan palsu.

"Serbuan tersebut turut disertai empat wakil dari BSA berjaya merampas perisian Solidworks Premium 2016, Auto Cad 2016 dan Creative Suite 6 Master Collection (Adobe) pada tiga komputer riba serta sebuah komputer yang bernilai RM130,000.



 "Serbuan kedua pula di syarikat pembinaan dan hiasan dalaman serta kita menyita tiga komputer riba dan dua komputer disyaki mengandungi 10 salinan perisian langgaran Autodeks dan lapan perisian salinan langgaran Adobe," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bilik Mesyuarat KPDNKK Negeri, Bangunan Persekutuan di sini hari ini. - K! ONLINE

Thursday 15 February 2018

GOTONG -ROYONG

Tempat#Makmal Perkakasan TKS

Waktu#3.05 petang > 5.20 petang

Pensyarah#27 orang - 1 orang(K) =26 orang

Tarikh# 9.2.2018

Objektif# Untuk mengembalikan suasana yang lebih selesa dalam makmal perkakasan.

Matlamat# Mewujudkan persekitaran yang bersih serta harmoni,dengan itu dapat belajar dalam keadaan yang tenang dan harmoni.Memperhatikan kembali amalan 5S yang dipelajari sewaktu sem 1 tahun lepas dan dapat membudayakan di tempat kerja pada masa hadapan.
Langkah kerja#

I.Pembahagian pelajar kepada tiga kumpulan.Kumpulan yang pertama menyelongkar barangan di tak serta mengasingkan kepada yang masih boleh guna atau dilupuskan,Kumpulan 2 melakukan ujian kepada komponen cpu,iaitu power supply dan casing.



II.Kumpulan 3 menyusun kembali barang dikelaskan boleh guna di rak dan menghantar barang tersebut ke stor.Contohnya,kabel saya,kabel connector,motheboard untuk pameran,kabel power code dan VGA kabel.


III.Yang selebihnya mengumpulkan kotak dan plastik statik untuk kegunaan asembeling
komputer.Kemudiannya membantu rakan-rakan yang terlibat dalam kumpulan tersebut dengan menyusun kabel yang berselerak dan kedudukan PC,memebersihkan kelas dengan menyapu dan
lain lain.#


Peralatan#
>Penyapu
>Kain buruk
>Kable type
Langkah Keselamatan#

>Penggunaan smartphone tidak dibenarkan sama sekali jikalau menggunakannya akan dirampas dan ditahan selama seminggu.

LAPORAN TUGASAN OJT #1

HARI LAPOR DIRI....
KAMI MEMBUAT PENYELANGGARAAN KEPADA PC YANG TELAH KAMI TINGGALKAN DALAM TEMPOH MASA 1 BULAN DAN TERDAPAT BEBERAPA PC YANG TIDAK BERFUNGSI.

Antara Masalah dan Cara penyelesaiannya ialah.:

Masalah:
-Terdapat beberapa Kompone yang tidak berfungsi antaranya CMOS kehabisan battery ,Cable Power wayar tidak berfungsi,dan ram tidak berfungsi
-PC tidak boleh membaca hard disk
-Monitor didapati hilang tanpa jejak

Menagani:
-Menukar battry CMOS
-Menukar Cable Power
-Mencuci Ram menggunakan permadam getah ...
-Membuat Window baharu...
-Menukar maneter dengan moniter yang masih elok di almari belakang benkel

Wednesday 14 February 2018

Banteras hadis palsu dalam media sosial

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengarahkan supaya usaha membanteras hadis palsu (hadith maudu') tidak hanya tertumpu pada penerbitan bercetak sahaja, sebaliknya perlu dibuat secara menyeluruh merangkumi pelbagai medium lain termasuk media sosial.

Timbalan Perdana Menteri mengarahkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al- Quran (PQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau semua medium penerbitan bagi mengesan aktiviti penyebaran hadis palsu berkenaan.

Beliau berkata, penerbitan bercetak mudah dipantau kerana setiap buku yang diterbitkan harus ada permit dan pastinya mudah ditarik balik dari pasaran.

"Apa yang paling sukar adalah penceramah yang sebelum ini seorang pemain gitar utama sebuah kumpulan rock. Ya, memang ceramah dia merujuk kepada sumber hukum, tetapi tafsirannya berbeza.

"Dia mempunyai pengikut ramai dan pengikutnya taksub. Ini menyebabkan berlakunya amalan yang salah," katanya ketika memberi contoh pemalsuan yang berlaku, ketika berucap pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith & Wacana Kawal Selia Hadith Siri II, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, individu berkenaan harus sedar bahawa bahan-bahan sumber hukum, tidak boleh ditafsir mengikut tafsiran sendiri.

Katanya, penceramah secara fizikal boleh ditegur dan mungkin tauliahnya boleh ditarik oleh pihak berkuasa.

"Apabila hadis palsu diberi tafsiran salah dan dicampur lawak jenaka, daya tarikannya menjadi luar biasa, ia sekali gus merosakkan imej Islam dan memecahkan umat Islam," katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid melancarkan Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith bertujuan mengawal selia penulisan hadis di dalam penerbitan khususnya mengekang hadis palsu.

LAMAN RUJUKAN

LAMAN RUJUKAN

ISU KEPENGGUNAAN

ISU KEPENGGUNAAN

OJT @ ILP PERAI

OJT @ ILP PERAI 1



CERITA SAYA

CERITA SAYA 1

good song

hello internet today i have a cool song have fun listening to it.

ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK PENYELENGGARA KOMPUTER


  • Hari kita akan belajar alat-alat yang digunakan untuk penyelenggara komputer




Image result for vacuum cleaner mini untuk komputer
1>  vakum mini/ blower mini

        Vakum mini/Blower mini diguna untuk menyedut atau menghembus debu 
            dari casing dan motherboard di kawasan yang sukar untuk dicuci 
               contoh sudut casing and kawasan sempit di motherboard 




          2> Pemadam pensil
         
                              Pemadam pensil   juga diguna dalam kerja penyelenggraan komputer
                                iai digunakan untuk merbersihkan kotoran dibahagian pengalir arus
                                 kad-kad kawalan


Image result for berus  komputer




   3> Berus pencuci komputer
                 
                  Digunakan untuk menyapu dan  buang habuk dibahagian yang sukar dilakukan oleh
                     vakum/blower











INI SAHAJA UNTUK HARI INI 

BYE.








Tuesday 6 February 2018

Hello internet today i just learn how to code using HTML, that all for now folks. HAVE GOOD DAY Y'ALL.
<center>
<h2>SELAMAT BERKENALAN DENGAN HTML </h2>
<table border="1">
<tr>
<th>KURSUS</th>
<th>3 HARI</th>
<th>6 HARI</th>
</tr>
<tr>
<td>KURSUS MICROSOFT SERVER 2008</td>
<td>RM500</td>
<td>RM1000</td>  
</tr>
<tr>
<td>KURSUS MICROSOFT SERVER 2013</td>
<td>RM300</td>
<td>RM600</td>
</tr>
<tr>
<td>KURSUS WEB DESINGN</td>
<td>RM300</td>
<td>RM600</td>
</tr>
</table>

Hasilnya :

SELAMAT BERKENALAN DENGAN HTML

KURSUS 3 HARI 6 HARI
KURSUS MICROSOFT SERVER 2008 RM500 RM1000
KURSUS MICROSOFT SERVER 2013 RM300 RM600
KURSUS WEB DESINGN RM300 RM600

Hello world

Hello internet and welcome to my blog of ......stuff

Well there nothing yet came back later where there stuff here ,
That all folks.

KOMPUTER REBOOT SENDIRI ?

Komputer reboot sendiri Komputer reboot sendiri Masalah komputer berulang kali reboot sendiri. Kes ini selalunya disebabkan oleh perkakas...